Pristiwa ini berlaku dalam 1967 semasa saya dan rakan rakan mengadakan perkhemahan di pulau ubin. Saya masih ingat lagi kawasan dimana musibah menakut kan itu berlaku. Setiba di pulau ubin kira kira 10 pagi , kami berlima terus mendirikan khemah disatu tapak yang terletak bersebelahan dengan pohon kayu besar , berhampiran suatu pondok usang.
Setelah penat merenta sekeliling pulau itu , kami berehat rehat sambil mengolah makanan nasi dan lauk pauk untuk makan malam. Kira kira 6 petang , angin mulai bertiup kencang , diiikuti pula dengan guruh di langit. Tidak lama kemudian , hujan mulai turun dengan lebatnya. Disebabkan khemah yang kami dirikan tidak begitu kukuh , habis kami berlima berair kuyup didalamnya.
Hujan mulai reda kira kira 9 malam. Kami berlima pun keluar ubtuk mengeringkan tubuh dan menuju ke pondok lama tidak jauh dari khemah itu. Setelah menunaikan solat isyak , kami berlangsung pulang ke khemah untuk mengeringkan bahagian khemah itu dan mengukuhkannya semula.
Tidak lama kemudian , sedang kami berehat rehat sambil berbual didalam khemah , tiba tiba terdengar sayup sayup bunyi wanita sedang berbual , diikiuti pulak dengan bunyi gemersik daun daun. Kami ingin tahu kemudian keluar.
Suara tadi kian terang dan munculnya dari atas pokok besar. Salah seorang rakan menyuluh lampu picitnya kearah bunyi tadi.
Alangkah terkejutnya kami apabila suluhan lampu picit itu mengena sempurna dua kepala berambut panjang tanpa tubuh , tapi berusus-tergantung didahan pokok besar itu. Hantu Penanggal!!!
apalagi , menyerupai kilat kami berlima berebut rebut masuk ke dalam khemah sambil berpeluk pelukan ketakutan.\Entah berapa banyak ayat suci kami baca beramai ramai sehinggalah malam bertukar pagi , tanpa melelapkan mata walau saat itu juga pun.
Setelah cuaca terang , tanpa berlengah lengah kami pun berkemas dan pulang.

Advertisement
Baca juga:
Advertisement
EmoticonEmoticon